Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.The truth is you don't know what is going to happen tomorrow. Life is a crazy ride, and nothing is guaranteed

Friday, 13 May 2016

PENGORBANAN YANG TIDAK DIHARGAI

ASSALAMUALAIKUM

Pengorbanan,
Kadang kadang pengorbanan yang kita buat adalah satu benda yang boleh beri kebahagian . Tetapi ! Kadang kadang pengorbanan tu adalah satu kesakitan !

Sekarang ni berapa kerat sangat orang reti menghargai pengorbanan yang telah kita buat ? Susah sangat ka nak menghargai ?

Kalau kita korbankan masa kita , tak semestinya mesti dibalas dengan masa . Kalau berkorban wang ringgit , bukan balasan wang ringgit yang ditagih . Tapi , hanya ingin rasa dihargai .

Jangan la lupa ada insan yang telah banyak berkorban untuk kita .

Pengorbanan adalah sesuatu yang perlu kita lakukan dengan ikhlas .  Tapi siapa kita untuk menilai keikhlasan ini . Aku adalah insan biasa , yang mahu pengorbanan aku dihargai .

Friday, 11 December 2015

ADUHAI GASTRIK

ASSALAMUALAIKUM ,

Felamak , minggu ni aku mencipta sejarah menjadi manusia tanpa data internet , ni pun rembat kakak aku punya hotspot tanpa pengetahuan dia hahaha . Aku menghilang bukanlah disebabkan kena culik , bukan bunian bawa lari dan bukan mak lampir kidnap , tapi diberikan ujian oleh Allah untuk menjalani lumrah kehidupan *hamboi ayat karangan apa ni* . DIA turunkan penyakit yang aku kira ni lah penyakit yang paling sakit aku pernah alami . Penangan SAKIT DADA yang perghhh sampai tahap aku rasa sampai sini sajakah umur aku .

Aku mula rasa sakit ni dalam seminggu jugak la . Kena waktu malam aku g beradu kat rumah tok . Waktu tu ingat eleh , sakit biasa je ni , esok lega la . Tapi yang menyedihkan , malam esok pun ta hilang lagi . Waktu2 malam nak tido dia mai sakit dada . Nak tido payah wey , bayangkan berejam rejam kena tido dalam keadaan duduk pastu mengiring belah kanan ja . Mana mau wey , lenguh satu badan ni . So malam2 , memang ta leh tido la dok melayan sakit dada ni . Pukul 5 pagi 6 pagi baru nak boleh tido . Lepas tu korang boleh bayangkan lah aku bangun tido pukul berapa ahaksss . Dah segar2 bangun tido kena dengaq ceramah tak berbayar Puan Emak pulak aiseymannn . 

Bayangkan malam2 aku dok sapu ubat urut kaki yang terseliuh tu kat dada , puncanya sebab aku tanak mak aku tau aku sakit dada . Tapi bila dah behari hari sakit ta lega2 jugak , terpaksalah kasi tau Puan Emak . Pastu malam first aku bagitau Puan Emak aku tu , aku suruh la Puan Emak ni tolong urutkan dada . Apa lagi aku dengan bangganya p huluq ubat kaki terseliuh tu kat Puan Emak suruh sapu . Pastu mula lah kena membebel lagi sebab p sapu ubat macam tu kat dada . Hmm , terpaksalah tadah telinga yang dah lama tak dikorek

Klimaksnya jadi hari ni waktu aku tengah masak nasi + nak hangatkan bubur yang aku masak semalam , waktu ni aku dah start rasa dada dah len macam . Bernafas pun rasa macam tak nafas , rasa berat nak tarik nafas . Pastu aku pun apa lagi , buat acara 2×400m dalam rumah nak cari Puan Emak kat mana , rupa2nya dok kemas bilik tido aku . Aku cakap aku ta tahan dah ni dengan ta leh nafas , dada rasa macam ada benda hempap , so
Puan Emak ajak la pegi klinik .

Waktu dalam kereta nak pegi klinik , Puan Emak dok risau , kalau aku masuk ward sapa nak jaga sebab kakak aku dok pantang kat umah . Risau punya risau sampai lah kat klinik Kuala Perlis . Nama pon klinik gomen , manusia pon boleh tahan ramainya macam ada SALE kat shopping complex .  Tunggu punya tunggu , nampak la ada sorang pompuan ni keluar dari bilik doktor baru lepas ambik darah . Aku dah kecut nak mati dah tengok muka dia macam sakit je .  Aku tanya Puan Emak , sakit tak ambik darah , pastu Puan Emak buat derk je then dia cakap "sakit p lah , asalkan tadak sakit lain" aku pun hmm jelah kat situ . Setengah jam baru nama kena panggil .

Masuk2 bilik doktor , amaigad aku dapat doktor laki handsome la pulak . Pastu dia gelak2 , aku dalam hati "pehal doktor ni" . Tau dia gelak napa , sebab muda2 dah ada tanda2 nak sakit jantung . Dia tanya punya tanya then sampai part ni best , dia kata kalau sentuh dada sakit tak , aku cakap lah sakit . Pastu dia tekan dada aku , mak aii aku rasa macam nak terajang muka dia , ni tekan ke nak boh penumbuk . Pastu dia kata jom kita g check jantung . Aku dah gelabah tahap tak tentu arah dah masa ni sebab aku tau kalau sakit dada ni diorang punya tanggapan awal sakit jantung dan Arwah Ayah pun penghidap sakit jantung . Orang yang pernah buat ujian jantung tu memang akan tahu macam mana prosedurnya tambah2 yang nak check tu doktor laki .

Sebelum nak check jantung tu , dia minta izin nak tekan perut , alahai so sawit . Waktu dia tekan tu mak aii doktor ni memang tak boleh lembut sikit ke dengan perempuan , muka lembut tapi tangan aduhai sakit nak mampuih . Dia g tekan ngan jari dia , sakit la wey *korang tak caya korang try buat sakit ke tak* . Waktu dia nak bubuh pengepit mesin jantung tu , ta boleh sebab aku pakai dress , so dia pun tau takan aku nak selak baju depan dia , dia pun panggil la nurse tolong buatkan . Yahooo , hilang gemuruh jiwa semangat membara hahaha .

Adegan aku dengan nurse dalam bilik tu memang tak akan dilupakan , lawak nokhurom hahaha . Aku tanya nurse tu , sakit tak check ni sambil gelak dia jawab tak lah , ta rasa apa pun . Then dia cucuk la kepit tu then aku cakap kat dia nurse , ni sakit . Dia kata sakit ehh , sakit sikit je tu sebab dia tarik daging dalam badan . nasib la engkau baik nurse , kalau tidak mesti dah kena mencarut dengan aku n kau akan jerkah aku yang banyak songeh ni hahaha . waktu last ni yang buat aku nak tergelak tertonggeng tonggeng ni hahaha , tapi biarlah aku je yang tau .

Then dah habis check , ketas yang panjang berjela pun dah keluaq dari mesin tu , doktor kata aku takda penyakit jantung . GASTRIK rupanya . First perkataan yang aku cakap dalam hati "ouh , macam ni rupanya rasa sakit gastrik . Sakit woi"

Doktor bagi ubat cecair pekat kaler putih tuh bau dia perghh sedap macam aiskrim mint tu . Okay fine lah , balik rumah makan2 mak aii ubat apa ni *mula la buat adegan nak termuntah* sebab ubat ni indah bau daripada rasa .  Aku makan kurang daripada limit kuantiti ubat yang sepatutnya aku makan . macam nak gila nak sawan aku telan ubat tu . Kalau ada Arwah Ayah , baru haippp sikit je gamaknya satu botol aku telan , takut punya pasal hahaha but keadaan masih sama aku tetap sakit , hanya mampu baring dan tido

Tak pernah terpikiaq dek otak yang aku akan kena gastrik . Gastrik yang aku anggap penyakit heklehhhh gastrik je pun sakit perut ja pun kannn . Haaaa kau sekali kena batang hidung yang kembang ni , menangis tak berlagu la dalam bilik .

Saturday, 17 October 2015

SETERESS NAU

ASSALAMUALAIKUM , ashemmm ashemmm perghhh habuk penuh . Penuh sarang labah labah menumbuhi ruang lapisan blog ni *boleh pakai ke tatabahasa ni ? apa aku kesah ,  kasi redah jelah* . Okay masa untuk membersihkan ini kawasan . Emm nampaknya dah bersih biar aku straight to the point je lah sebab aku rasa mukadimah kat atas macam err annoying nye kau Hanis . 

Harini nak cita la sikit pengalaman aku ambik trial stpm penggal 1 . Dia punya stress mak ai , tak seteres macam masa aku nak ambik real spm dulu . Hengkau orang nak tau , berapa hari aku tak tido semata mata berjaga untuk study . Haiseyyyman , dugaan hidup sebelum nak berjaya cenggini la . Tapi kalau tak berjaya jugak , tatau la hakak nak habaq lagu mana .

Sepanjang minggu exam , 6 paket besar nescafe yang ada berapa paket tah dalam tu aku telan . Sepanjang minggu trial tu , terbang duit mak aku dok beli nescafe je hahaha . Walaupun mak tak kasi minum , tapi beli jugak walaupun anak minta . Terserlah kasih sayang seorang mak dekat situ . Mau ke idok , aku buka buku tak sampai 5 minit , mula lah si syaiton durjana bertenggek kat mata ni suruh aku tutup buku then lena . Tapi bila tutup buku main phone terus hilang ngantok , sakit hati betui .

First day exam , sampai je sekolah , apa aku baca malam tadi terus hilang entah di mana . Sakitnya hati waktu tu macam nak hempuk je meja kat dalam kelas tu satu satu . Masalah ni jugak la jadi waktu aku nak ambil exam physics spm dulu , baca macam nak mati , senang senang je dia lupa . Tapi nasib baik hari kedua sampai habis exam masalah ni tak jadi dah .

Habis je trial terasa hilang semua beban belajar . Mau ke tak , dari 12 malam sampai esoknya aku tak tido , pegi sekolah dalam keadaan tak tido 24 jam . Okay aku rasa korang boleh bayangkan muka aku sekarang . Sekeh nau dengan muka sembab pegi sekolah , jerawat menumpang kat muka , kat tempat yang menonjol pulak tu dia nak tumbuh , saja nak kasi orang tengok kehadiran dia ramai orang ramai ramai kat muka aku ni hahaha tapi aku kisah apa , asalkan markah tak rendah daripada orang lain .

Mula la sampai sakit kepala tahap kronik menjelma . Pegi klinik sampai doktor cek macam macam sebab takut ada penyakit lain , yelah seminggu aku sakit kepala tak lega lega .

So sekarang dah 3 hari berlalu trial STPM sem 1, buku jangan kata belek , pegang pun tak ketahuwan lagi haa , bagos la . Real exam nanti jawab apa pon tak tau . four flat kononnya hanis . haishhhh. sedarlah engkau hanis dari mimpi yang nyata .

"aku seru semangat belajar . Datanglah engkau berdampingan denganku" .

Wednesday, 15 July 2015

RINDU BUAT AYAH

Assalamualaikum ayah , ayah tengah buat apa kat sana ? Mesti tengah tengok anak2 ayah buat apa sekarang ni kan , tengah tengok mak kan kat atas sana  . Ayah , lagi 2 hari je lagi nak raya , dan tahun ni merupakan 2 tahun dah kita tak raya sesama . Mesti ayah seronok kan raya dengan kenkawan ayah kat sana and mesti ayah sedih jugak sebab tak dapat raya dengan anak isteri kat sini . Tapi takpe ayah takyah sedih2 sebab kami akan melawat ayah , baca doa untuk ayah , cantikkan tempat tinggal ayah sekarang , buang rumput2 yang tumbuh kat sekeliling tempat tinggal ayah supaya ayah tenang je tinggal kat situ . Walaupun orang alim ulama tak galakkan kita mengunjung tempat tinggal ayah waktu raya , tapi kami nak pegi jugak sebab waktu raya kita mesti gembira , so kami pergi tempat ayah sebab nak buat ayah gembira , supaya ayah rasa kasih sayang daripada kami semua walaupun kita dah berpisah dan tinggal di dunia berbeza . Hari raya nanti walaupun ayah akan tengok anak2 dan isteri ayah suka ria nak raya , kami tetap tak akan lupakan ayah . Ya kami tak akan lupakan ayah . Okay tu je anak ayah nak tulis sebab tetiba harini sedih teringat dekat ayah , rindu ayah , rindu nak pegi shopping baju raya ngan ayah , rindu nak riuh rendah kat dapur buat kuih raya sesama , rindu nak salam tangan ayah , rindu nak minta duit raya kat ayah , rindu nak tengok ayah pagi2 pegi cari daging nak masak untuk raya , rindu dengan perbuatan ayah yang kejut kami pakai spray iron baju kalau bangun lambat pagi raya , rindu nak berebut bilik air , macam2 lagi la kitorang rindu kat ayah . ha okay tu je kot luahan rindu anakmu harini . Semoga ayah seronok tinggal dekat sana .
Assalamualaikum , salam rindu daripada anakmu di dunia 

Saturday, 2 May 2015

Tak Tahu Apa Puncanya

ASSALAMUALAIKUM ☺

Kembali semula kita ke blog yang tak seberapa ni 😁 . Harini aku nak cerita kisah yang buatkan aku fobia lagi nak lalu dekat rumah lorong tu . Yeahh sumpah aku takut sesangat . Aku takkan lalu dah dekat lorong tu sama ada berteman atau tak , tapi kalau naik kereta berani lah . Kalau boleh rasa nak langgar langgar je makhluk ciptaan Allah yang takutkan aku tadi sampai mati .

Nak tau benda apa yang aku takut takutkan tu ? Okay , kisahnya bermula begini . Pada petang yang indah lagi mendamaikan tadi , terasa boring pulak duduk terperap dalam rumah , so aku ajak lah anak sedara aku teman aku pegi ronda ronda satu taman perumahan aku tu naik moto . Nak pegi sorang tak berani hahaha sebab aku baru pandai bawa moto . Sebab aku ajak anak sedara aku sebab kalau aku jatuh , adalah orang jatuh sama , taklah aku malu sensorang haaaha . Tapi yang teman pun budak baru darjah 2 , kalau jatuh pun tahap malu dia taklah setinggi malu aku haaaha .

Okay lets continue my story ,

Lepas ronda ronda satu perumahan , barulah aku sedar aku tak lalu lagi dekat satu lorong ni . Perumahan aku ni kebanyakkan nya unimap punya asrama . So petang tadi lorong rumah tu memang sunyi sepi tak ada orang sebab student unimap  belum balik lagi . Jadi disebabkan aku tak ronda lagi dekat lorong tu , aku pun belokkan moto masuk dekat lorong tu . Tak sempat 1 minit aku belokkan moto masuk lorong tu   , dengan serentak , 2 ekor anjing yang besar dia nak sama dengan anjing polis tu lari dari arah depan datang dekat aku then nyalak nyalak .

Aku punya gelabah waktu tu , hanya Allah je yang tau . Kalau nak kona aka nak u-turn balik memang tak sempat sebab anjing tu punya lari memang tak ada brek dah + aku yang baru pandai nak bawa moto . Disebabkan tak ada pilihan , aku tak jadi kona tapi aku bawa jugak moto tu . Aku ingatkan lepas aku jalan , anjing tu tak kejar , rupa rupanya kejar lagi . Aku press moto hahhha kalah mat rempit press moto . Dalam otak dah tak ada istilah brek dah , lintas jalan pun aku main swuppp je masuk . Kalau ada kereta la waktu tu , memang tido hospital dah la jawabnya .

Anak sedara aku dekat belakang haaaha tengah mengarut + gelabah apa tah dekat belakang . Apa yang dia cakap semua aku tak faham hahaha . Makin lama 2 ekor anjing tu makin dekat , kalau aku sepak kepala anjing tu pun memang akan kena sebab dekat je anjing tu dengan aku . aku pun apa lagi angkat kaki then masuk dalam raga moto . Hahaha korang bayangkan aku bawak moto sambil kaki duduk dalam raga . Memang lawak mak ai la hahaha . Dahla masa anjing kejar tu moto tengah gear 3 , nak tukar gear memang tak boleh la sebab kaki aku duduk dalam raga .

Tapi nasib la dua ekor anjing tu ada rasa penat jugak . So berhenti la dua ekor anjing tu kepenatan . Kalau tak jenuh la aku dengan anak sedara aku nak samak hahaha .

So sebagai penutup cerita , memang aku tak akan ronda + jalan + jijak kaki pun dekat lorong tu . Fobia mak .

Monday, 20 April 2015

SAHABAT

ASSALAMUALAIKUM 😁

Wuhuu setelah lama blog ni tak terupdate , tetiba malam ni teringin pulak nak coret sikit nukilan di hati ni . Wow ayat hahaha . So apa aku nak tulis pada pepagi yang bising dengan suara cengkerik ni , aku pun tak tau . Okay okay tetiba dapat idea . Nak tulis pasal " KENGKAWAN KU SEORANG YANG GILA "

Nak tau kenapa aku kata diorang macam tu , sebab diorang ni memang gila pun . Semuanya mereng , kepala masuk ayaq bak loghat utara . Kalau penyakit sewel tak menjelma takpa , sekali dia datang tanpa diundang hahaha siaplah .

So sekarang aku nak cerita pasal kesewelan + kegilaan kenkawan aku . Cerita ni baru je terjadi beberapa minit dan saat yang lepas . Harini giliran aku yang kena dengan diorang . Itulah suka sangat jadi paparazi dalam group , so diorang kenakan aku . Aku punyalah bawa cerita gempak bagai nak rak selepas aku mencelah di beberapa laman sosial , last last aku yang kena . Orang lain yang nak kawin , free free je aku dapat hashtag dari diorang . Kisahnya hanya disebabkan oleh satu # ( hashtag ) hahaha , boleh malu setahun aku disebabkan hashtag tu . Nak tau hashtag apa yang diorang buat , hahaha #tolongkawinkanhanisdenganpejat . Habis diorang sebarkan dekat twitter pasal hashtag tu . Yang paling tak boleh blanya tu diorang pegi tag pejat tu sama . Aiseyman malu nya i kalau pejat tu baca .  Disebabkan hashtag tu , terus aku private twitter aku . So tak boleh la si pejat tu nak tengok and lagi satu  nasiblah si pejat tu tak kenal aku hahaha .

Kisah seterusnya , yang ni aku bet mesti ramai budak nakal ( budak baik terkecuali ) pernah buat waktu zaman sekolah . Yang nakal nakal dulu dekat sekolah mesti dah dapat agak hahah yeah ponteng kelas . Sebelum nak ponteng tu wuu semua sembang kencang bagai nak rak hahhha sekali cikgu baru jalan depan koridor kelas je , semua muka cuak , kecut perut lah . Kelas yang kitorang selalu sangat ponteng , kelas chemistry .kisahnya bermula macam ni , pada hari kejadian *wuu boleh tahan ayat * memang rasa malas sangat nak turun lab . So kitorang sembunyi la dalam kelas . Tutup semua tingkap , cuma pintu kitorang buka sikit sebab nak ngintai cikgu , kipas pun tak buka tau pastu duduk bersila dekat lantai sambil main fon . Sanggup duduk dalam panas daripada kena turun lab . Bila dengar suara cikgu sembang2 je semua ngintai celah pintu . Ngintai punya ngintai tetiba nampak macam sorang cikgu ni nak masuk dalam kelas . Kitorang pun apa lari , habis lari lintang pukang la dalam kelas . Diorang semua lari sorok belakang almari tinggal la aku sorang sorok bawak meja cikgu . Tetiba rasa tak selamat nyorok bawah meja cikgu yelah kalau cikgu tu masuk kelas then nak duduk , tetiba nampak aku tengah sengih bawah meja , tak ke heart attack nanti cikgu tu . So aku pun join diorang sorok belakang almari . Memang berkuap habis la , segala bau dapat hidu hahaha . Lepas loceng bunyi buat2 baik p jumpa cikgu minta maaf , buat muka sedih bagai , so cairla cikgu tu . Nasibla cikgu tu dapat student macam ni . Lagi satu kalau dengar cikgu nak buat kelas tambahan untuk chemistry dengan biology . Kitorang punya muka lepas dengar perkhabaran tu . . . Pandai pandai la korang bayangkan  .

Next , aku ni memang tak suka pakai spec walaupun rabun aku ni melampau lampau teruknya . Sampai 400 power spec aku pakai . Kanan 400 kiri 400 . Bila waktu science , kitorang kena gerak pegi lab . So aku duduk meja nom 3 daripada 5 meja tak masuk meja cikgu . Cikgu science aku ni ajar pakai slide lcd tu   , so ceritanya memang aku tak nampak la apa yang ada dekat slide tu . Bila cikgu ajar je mata aku selalu fokus padahal satu patah perkataan pun aku tak nampak . Sebelah tempat duduk aku si shafiqa yang duduk . Minah ni kalau sapa nak pelakon tido yang pro tanpa dapat dikesan , panggil la dia , sehari kalau tak tido memang tak sah . Yang cikgu aku ni pulak suka target aku ngan si shafiqa ni . Tengah fokus dengar cikgu berceloteh dekat depan , tetiba " budak kedah , cot cet cot cet sila jawab soalan saya " . Bila je dengar cikgu cakap macam tu ,dengan sopannya aku bangun tapi tangan kiri dekat bawah meja mula la merayap hinggap dekat shafiqa . Yang sakit hatinya tu si shafiqa ni boleh pulak sedap tidurnya , tapi disebabkan dah penah buat keja macam ni hahaha shafiqa ni dah tau respon seterusnya yang dia perlu buat . Tangan kiri dia pulak hinggap dekat pui li minta jawapan hahaha .Yang pui li ni pun buat buat pandang buku tapi mulut dok bagi jawapan dalam diam nak cover dari cikgu nampak dia bagi jawapan dekat aku .  So selamat la aku dari kena berdiri sampai habis waktu sebab tak dapat jawab soalan .

Okaylah nanti sambung lagi , tetiba mengantuk ni datang awal pulak . 

Babai , selamat malam pagi  , Assalamualaikum

Tuesday, 17 February 2015

Babai Kakak Kakak Ku

ASSALAMUALAIKUM

Pada tanggal 20-2-2015 kakak kakak aku bakal menjadi isteri orang dah , perasaan aku waktu ni , adalah sedih jugak lah sebab yelah dah 18 tahun aku hidup dengan diorang , main dengan diorang , gila gila dengan diorang , gaduh ngan diorang , selepas je tiba waktu tu , aku tak dapat nak buat semua benda yang gila gila lagi dengan diorang .

Teringat zaman dulu aku gaduh dengan diorang , sampai tarik tarik rambut korang tau hahaha . Itulah kenangan yang tak dapat aku lupakan . Kisahnya bermula macam ni , adalah satu hari tu aku bertengkar dengan kakak aku yang nombor dua , sebab tak dapat nak tahan sabar bertengkar dengan dia , aku pun tarik lah rambut dia sampai terteleng teleng kepala dia hahaha , lepas dah tarik tu aku lari lah keluar bilik nak selamatkan diri , tapi . . .  Masa aku lari tu sempat pulak lah minah tu sambar rambut aku , dia punya tarikan perghhhh ! ! Boleh tercabut segala jenis akar rambur dekat atas kepala aku + nak tercabut kepala pun ada . Nak tahu lepas dia tarik rambut aku tu dia kata apa " hah hah ( tengah menahan penat kejar aku tadi ) padan muka hang , tarik lagi rambut aku " aku pun apa lagi menangis meraung lah saja nak bagi ayah aku dengar , then marah kakak aku , tapi hampa ayah aku buat tak tau je hahaha

Kisah kedua pula macam ni , aku gaduh dengan kakak aku yang ketiga . Kisah ni jadi waktu malam aku nak pergi mengaji . Tengah siap siap nak pergi mengaji , then aku nampak buah pelam atas meja . Aku nak makan tapi nak potong tak pandai *sekarang dah pandai hahahah* so aku suruh la kakak ketiga a.k.a biah

Nama sebenar biah adalah Nurhanni Ammirah tapi mengikut sejarah orang dulu dulu ecewah hahaha masa aku kecil aku tak pandai sebut amirah . Bila aku sebut amirah je yang keluar biah , so disebabkan itulah sampai sekarang aku panggil dia biah .

.....................bersambung...................

So aku suruh la dia potongkan buah tu , tapi dia taknak . Entah macam mana tah , dia baik hati pulak ambik pisau nak potongkan buah pelam tu , aku dengan marahnya tarik lah pisau tu dari tangan dia , nak tau apa jadi , habis terkoyak tangan dia , darah memancut mancut keluar , aku masa tu memang gabra habis dah takut kena marah dengan ayah aku tapi tak kena marah hahaha sebab ayah aku tengah kalut nak bawak si biah ni p hospital . Tangan dia kena berapa jahitan tah disebabkan perbuatan aku hah ambik kau . Tengok kejam kan aku hahahaha *gelak jahat*

Kisah ketiga pulak , waktu kecik kecik aku dengan adik aku ni suka menyanyi , so si biah ni pun nak join sekali . Si biah ni menjadi pengacara tak berkualiti di konsert aku dengan adik aku hahaha . Kalau main nyanyi nyanyi je tak sah kalau aku tak memekak + melingkupkan lagu Dato Siti . Yang adik aku pulak tak habis habis dengan lagu gosok jangan tak gosok *apatah tajuk dia aku lupa* dari Tam Spider .  Lepas je habis nyanyi nyanyi si biah akan umumkan siapa menang . Kalau dia kata aku menang adik aku akan menangis , kalau dia kata adik aku menang , aku akan nangis , so untuk mengelakkan peperangan pertama adik beradik berlaku , dia bagilah kami berdua menang . Dua dua dapat hadiah keropok mamee yang dia beli untuk dia telan , tapi akhirnya adik adik dia yang telan hahaha .

Itu sajalah kenangan yang dapat aku tulis kat sini , kalau ikutkan hati nak je tulis kesemuanya tapi mau makan berapa muka surat blog ni nanti hahaha . Andai dapat undurkan masa , aku nak kenangan ni terjadi lagi dalam hidup aku arghhh sedih .