Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.The truth is you don't know what is going to happen tomorrow. Life is a crazy ride, and nothing is guaranteed

Tuesday, 17 February 2015

Babai Kakak Kakak Ku

ASSALAMUALAIKUM

Pada tanggal 20-2-2015 kakak kakak aku bakal menjadi isteri orang dah , perasaan aku waktu ni , adalah sedih jugak lah sebab yelah dah 18 tahun aku hidup dengan diorang , main dengan diorang , gila gila dengan diorang , gaduh ngan diorang , selepas je tiba waktu tu , aku tak dapat nak buat semua benda yang gila gila lagi dengan diorang .

Teringat zaman dulu aku gaduh dengan diorang , sampai tarik tarik rambut korang tau hahaha . Itulah kenangan yang tak dapat aku lupakan . Kisahnya bermula macam ni , adalah satu hari tu aku bertengkar dengan kakak aku yang nombor dua , sebab tak dapat nak tahan sabar bertengkar dengan dia , aku pun tarik lah rambut dia sampai terteleng teleng kepala dia hahaha , lepas dah tarik tu aku lari lah keluar bilik nak selamatkan diri , tapi . . .  Masa aku lari tu sempat pulak lah minah tu sambar rambut aku , dia punya tarikan perghhhh ! ! Boleh tercabut segala jenis akar rambur dekat atas kepala aku + nak tercabut kepala pun ada . Nak tahu lepas dia tarik rambut aku tu dia kata apa " hah hah ( tengah menahan penat kejar aku tadi ) padan muka hang , tarik lagi rambut aku " aku pun apa lagi menangis meraung lah saja nak bagi ayah aku dengar , then marah kakak aku , tapi hampa ayah aku buat tak tau je hahaha

Kisah kedua pula macam ni , aku gaduh dengan kakak aku yang ketiga . Kisah ni jadi waktu malam aku nak pergi mengaji . Tengah siap siap nak pergi mengaji , then aku nampak buah pelam atas meja . Aku nak makan tapi nak potong tak pandai *sekarang dah pandai hahahah* so aku suruh la kakak ketiga a.k.a biah

Nama sebenar biah adalah Nurhanni Ammirah tapi mengikut sejarah orang dulu dulu ecewah hahaha masa aku kecil aku tak pandai sebut amirah . Bila aku sebut amirah je yang keluar biah , so disebabkan itulah sampai sekarang aku panggil dia biah .

.....................bersambung...................

So aku suruh la dia potongkan buah tu , tapi dia taknak . Entah macam mana tah , dia baik hati pulak ambik pisau nak potongkan buah pelam tu , aku dengan marahnya tarik lah pisau tu dari tangan dia , nak tau apa jadi , habis terkoyak tangan dia , darah memancut mancut keluar , aku masa tu memang gabra habis dah takut kena marah dengan ayah aku tapi tak kena marah hahaha sebab ayah aku tengah kalut nak bawak si biah ni p hospital . Tangan dia kena berapa jahitan tah disebabkan perbuatan aku hah ambik kau . Tengok kejam kan aku hahahaha *gelak jahat*

Kisah ketiga pulak , waktu kecik kecik aku dengan adik aku ni suka menyanyi , so si biah ni pun nak join sekali . Si biah ni menjadi pengacara tak berkualiti di konsert aku dengan adik aku hahaha . Kalau main nyanyi nyanyi je tak sah kalau aku tak memekak + melingkupkan lagu Dato Siti . Yang adik aku pulak tak habis habis dengan lagu gosok jangan tak gosok *apatah tajuk dia aku lupa* dari Tam Spider .  Lepas je habis nyanyi nyanyi si biah akan umumkan siapa menang . Kalau dia kata aku menang adik aku akan menangis , kalau dia kata adik aku menang , aku akan nangis , so untuk mengelakkan peperangan pertama adik beradik berlaku , dia bagilah kami berdua menang . Dua dua dapat hadiah keropok mamee yang dia beli untuk dia telan , tapi akhirnya adik adik dia yang telan hahaha .

Itu sajalah kenangan yang dapat aku tulis kat sini , kalau ikutkan hati nak je tulis kesemuanya tapi mau makan berapa muka surat blog ni nanti hahaha . Andai dapat undurkan masa , aku nak kenangan ni terjadi lagi dalam hidup aku arghhh sedih .

Wednesday, 4 February 2015

TAK DITERIMA TEKAK

ASSALAMUALAIKUM

Setiap orang mesti ada makanan yang korang tak suka makan kan . Yeahhh , sama la macam aku . Kalau aku tak tahu makanan yang aku makan tu makanan yang aku tak suka , tak pe aku akan makan . Tapi bila aku tahu , sepantas kilat aku akan luah balik makanan tu tak kira lah kat mana pun aku waktu tu . Segala rasa semua akan keluar bila aku tahu makanan tu adalah makanan yang aku tak suka . So , inilah senarai makanan yang aku tak suka .



Daging Kambing

Satu hari tu kat kampung aku ada buat kenduri kawin . Tengah2 isyak tu aku mak ayah aku tok tok wan aku dan sewaktu denganya pegi lah jalan kaki ke rumah kenduri tu . Sebab rumah tu tak jauh pun , seberang sungai je . Sampai je kat rumah pengantin , aku yang tengah lapar tahap nak telan orang ni terus pergi dekat tempat orang hidang makanan , ambiklah nasi minyak dengan daging masak kurma . Lepas cedok lauk yang aku nak makan , aku pegi lah dekat meja yang kaum kerabat aku dah pilih . Disebabkan lapar sangat , memang dengan rakus la aku makan macam hantu saka makan .

Masa tengah lahap makan daging masak kurma tu , tetiba mak pengantin a.k.a tokyang aku datang then cakap :

" Ha , makan lah bebanyak sikit , banyak lagi daging kambing masak kurma tu dekat dalam periuk belakang rumah "

Lepas je tokyang aku cakap macam tu , serentak aku pandang mak aku , mak aku pandang aku dengan muka ala ala orang tengah tahan nak b***k . Aku apa lagi , depan tokyang aku jugak aku luah daging kambing yang ada dalam mulut aku . Tetiba rasa nak termuntah semua ada , Aku tengok mak aku still tengah berusaha nak telan daging tu hahaha nak jaga hati tokyang lah tu sebab mak aku pun tak makan daging kambing . Sebelum dapat tahu yang tu daging kambing , sedap je aku makan , lepas dapat tahu , macam macam rasa tak sedap keluar then rasa macam nak belah je perut keluarkan daging tu balik . 

Lepas tu memang terbantut lah nak sambung makan balik .

Pedal Ayam  * betul ke idok aku eja ni ? *

Balik sekolah kalau tak lapar tak sah kan , so lepas je ayah aku ambik aku dari sekolah , tetiba rasa kebulur nak makan macam dekat sekolah tadi tak makan . Sampai je rumah , lepas tukar baju , aku pergi meninjau di dapur , then ternampak la satu tupperware yang cantik atas meja .Aku buka penutup tupperware tengok wah macam sedap je lauk ni . Try ambik satu , " emmm , sedap daging ni , tapi kenapa rasa lain ? " . Makan punya makan then mak keluar dari bilik aku tanya 

" mak sapa bagi ni ? "

" makcik ( apatah nama dia aku lupa ) bagi , dia mai rumah tadi "

" Oh , daging apa ni mak ? "

" Daging apa , tu pedal ayam lah "

Lepas je dengar ayat tu , terus aku luah balik benda tu dalam tupperware yang ada banyak lagi isi pedal ayam tu . Mak pun apa lagi , dia punya marah , fuhhh boleh retak dinding rumah , yelah maunya tak marah , dah la orang lain tak rasa lagi benda tu , aku boleh pulak pegi luah dalam bekas tu . Hahaha sorry lah mak , tak sengaja .