ASSALAMUALAIKUM 😁
Wuhuu setelah lama blog ni tak terupdate , tetiba malam ni teringin pulak nak coret sikit nukilan di hati ni . Wow ayat hahaha . So apa aku nak tulis pada pepagi yang bising dengan suara cengkerik ni , aku pun tak tau . Okay okay tetiba dapat idea . Nak tulis pasal " KENGKAWAN KU SEORANG YANG GILA "
Nak tau kenapa aku kata diorang macam tu , sebab diorang ni memang gila pun . Semuanya mereng , kepala masuk ayaq bak loghat utara . Kalau penyakit sewel tak menjelma takpa , sekali dia datang tanpa diundang hahaha siaplah .
So sekarang aku nak cerita pasal kesewelan + kegilaan kenkawan aku . Cerita ni baru je terjadi beberapa minit dan saat yang lepas . Harini giliran aku yang kena dengan diorang . Itulah suka sangat jadi paparazi dalam group , so diorang kenakan aku . Aku punyalah bawa cerita gempak bagai nak rak selepas aku mencelah di beberapa laman sosial , last last aku yang kena . Orang lain yang nak kawin , free free je aku dapat hashtag dari diorang . Kisahnya hanya disebabkan oleh satu # ( hashtag ) hahaha , boleh malu setahun aku disebabkan hashtag tu . Nak tau hashtag apa yang diorang buat , hahaha #tolongkawinkanhanisdenganpejat . Habis diorang sebarkan dekat twitter pasal hashtag tu . Yang paling tak boleh blanya tu diorang pegi tag pejat tu sama . Aiseyman malu nya i kalau pejat tu baca . Disebabkan hashtag tu , terus aku private twitter aku . So tak boleh la si pejat tu nak tengok and lagi satu nasiblah si pejat tu tak kenal aku hahaha .
Kisah seterusnya , yang ni aku bet mesti ramai budak nakal ( budak baik terkecuali ) pernah buat waktu zaman sekolah . Yang nakal nakal dulu dekat sekolah mesti dah dapat agak hahah yeah ponteng kelas . Sebelum nak ponteng tu wuu semua sembang kencang bagai nak rak hahhha sekali cikgu baru jalan depan koridor kelas je , semua muka cuak , kecut perut lah . Kelas yang kitorang selalu sangat ponteng , kelas chemistry .kisahnya bermula macam ni , pada hari kejadian *wuu boleh tahan ayat * memang rasa malas sangat nak turun lab . So kitorang sembunyi la dalam kelas . Tutup semua tingkap , cuma pintu kitorang buka sikit sebab nak ngintai cikgu , kipas pun tak buka tau pastu duduk bersila dekat lantai sambil main fon . Sanggup duduk dalam panas daripada kena turun lab . Bila dengar suara cikgu sembang2 je semua ngintai celah pintu . Ngintai punya ngintai tetiba nampak macam sorang cikgu ni nak masuk dalam kelas . Kitorang pun apa lari , habis lari lintang pukang la dalam kelas . Diorang semua lari sorok belakang almari tinggal la aku sorang sorok bawak meja cikgu . Tetiba rasa tak selamat nyorok bawah meja cikgu yelah kalau cikgu tu masuk kelas then nak duduk , tetiba nampak aku tengah sengih bawah meja , tak ke heart attack nanti cikgu tu . So aku pun join diorang sorok belakang almari . Memang berkuap habis la , segala bau dapat hidu hahaha . Lepas loceng bunyi buat2 baik p jumpa cikgu minta maaf , buat muka sedih bagai , so cairla cikgu tu . Nasibla cikgu tu dapat student macam ni . Lagi satu kalau dengar cikgu nak buat kelas tambahan untuk chemistry dengan biology . Kitorang punya muka lepas dengar perkhabaran tu . . . Pandai pandai la korang bayangkan .
Next , aku ni memang tak suka pakai spec walaupun rabun aku ni melampau lampau teruknya . Sampai 400 power spec aku pakai . Kanan 400 kiri 400 . Bila waktu science , kitorang kena gerak pegi lab . So aku duduk meja nom 3 daripada 5 meja tak masuk meja cikgu . Cikgu science aku ni ajar pakai slide lcd tu , so ceritanya memang aku tak nampak la apa yang ada dekat slide tu . Bila cikgu ajar je mata aku selalu fokus padahal satu patah perkataan pun aku tak nampak . Sebelah tempat duduk aku si shafiqa yang duduk . Minah ni kalau sapa nak pelakon tido yang pro tanpa dapat dikesan , panggil la dia , sehari kalau tak tido memang tak sah . Yang cikgu aku ni pulak suka target aku ngan si shafiqa ni . Tengah fokus dengar cikgu berceloteh dekat depan , tetiba " budak kedah , cot cet cot cet sila jawab soalan saya " . Bila je dengar cikgu cakap macam tu ,dengan sopannya aku bangun tapi tangan kiri dekat bawah meja mula la merayap hinggap dekat shafiqa . Yang sakit hatinya tu si shafiqa ni boleh pulak sedap tidurnya , tapi disebabkan dah penah buat keja macam ni hahaha shafiqa ni dah tau respon seterusnya yang dia perlu buat . Tangan kiri dia pulak hinggap dekat pui li minta jawapan hahaha .Yang pui li ni pun buat buat pandang buku tapi mulut dok bagi jawapan dalam diam nak cover dari cikgu nampak dia bagi jawapan dekat aku . So selamat la aku dari kena berdiri sampai habis waktu sebab tak dapat jawab soalan .
Okaylah nanti sambung lagi , tetiba mengantuk ni datang awal pulak .
Babai , selamat malam pagi , Assalamualaikum