Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.The truth is you don't know what is going to happen tomorrow. Life is a crazy ride, and nothing is guaranteed

Friday, 26 December 2014

First Experience

Assalamualaikum , nak bagitau ni . Semalam merupakan last day aku bekerja as a voir promoter . Nak tahu bapa hari aku kerja kat sana ? hahaha just 8 hari ja sebab aku kena pindah ke Perlis + aku jeles tengok kakak aku dari langkawi datang then family aku bawak dia keluar berjalan tapi aku tak dapat ikut + aku malas nak berdiri dari pukul 1pm sampai pukul 10:30pm . Perghhh dia punya lenguh rasa macam nak penendang orang ja .

Selama 8 hari aku kerja, aku dihadapkan dengan macam2 kerenah manusia yang erghhhh ! memang menyakitkan hati . Orang pertama yang aku anti sampai sekarang ialah mak cik security UO . Perghh bajet gila bakhang mak cik ni dah la muka garang macam singa + pak belang + pak bintang . Aku kalau nampak je muka dia masa nak masuk kerja, memang kecut perut habis lah rasa nak terkucil dalam seluar pun ada . Tak pernah aku tak kena marah dengan dia kalau dia shif dia waktu tu . Menyampah aku .

Orang kedua adalah kakak UO . Yang ni lagilah bajet . Bajet hot + bajet senior . Ada ke sebab kawan cow ( kau ) tak dapat kerja situ, cow marah aku kutuk2 aku pulak . Jujur aku cakap, aku tak tau pun mak cik tu nak ambil aku kerja so bukan salah aku ye akak UO kalau kawan cow tak dapat kerja sana .

Orang ketiga ialah manusia2 yang tau sepahkan baju seluar tapi tak tau nak lipat balik . Dah la sepahkan lepastu boleh blah dah la tak beli satu hape pun . Haiyshh pemalas betul . Aku rasa nak ketuk2 je tangan diorang dengan kasut warriow saiz berapa aku tak ingat yang aku pakai g keja . Tapi dulu aku pun macam tu jugak sebelum kerja ahaksss . Mesti akak promoter tu menahan sabar dengan aku . Tapi takde lah aku sepahkan aku tinggal macam tu je, adalah aku lipat sikit2 walaupun lipatan aku cincai cincai ja .

Masa aku semasa bekerja banyak dihabiskan melayan orang , lipat balik baju seluar yang diorang sepahkan dan bergosip dengan bff aku Shafiqa . Yeah aku dengan Shafiqa selalu bergosip pasal masa depan kitorang, yang kakak2 kumpulan sebelah duk bergosip pasal rumah tangga . Habis cerita suami isteri semuanya aku dah dengar depa cita . Yelah diorang ni kalau bercerita memang nak bagi satu manusia dalam bangunan shopping mall tu dengar . Hari pertama dengan hari kedua aku ngan Shafiqa ni bersembang macam duduk dalam kelambu . Pelan je kitorang sembang . Kadang kadang apa yang kitorang cakap pun kitorang tak dengar hahaha hiperbola betul . Yelah budak baru lah katakan . Masuk hari ketiga dan seterusnya, kitorang sembang macam nak bagi satu ipoh dengar . Kepoh gila bila sembang .

Kalau Shafiqa ni kerja shif lain dengan aku, memang aku takkan keluar rehat. Aku lebih rela berpenat kerja daripada kena rehat sensorang . Sebab bila kita sensorang , mesti kumpulan manusia yang rehat berkumpulan tu akan pandang kita atas bawah atas bawah macam nak telan orang . Yang si Shafiqa ni rilex je rehat sensorang kalau aku takde . Berani betul minah tu . Satu hari tu aku masuk kerja pukul 1 sampai pukul 10:30 tanpa keluar rehat . Dia punya lapar makan 3 ekor king kong pun aku rasa belum kenyang . Tapi bagus la jugak sebab bila aku lapar, perut aku akan mainkan bermacam macam lagu tanpa aku minta so, tak lah aku boring berdiri sensorang tengok orang bershopping .

Ehh korang nak tahu tak, tadi first time rasanya aku dengan Shafiqa berpeluk ( aikkk jangan pikir lain ) sebab aku dah tak dapat nak jumpa dia dalam waktu yang agak panjang . Tetiba lepas peluk tu rasa malu pun ada hahaha .

Itu saja kot cerita aku harini . Kepada 2 perwatakan manusia di atas, aku tak tahu apa masalah aku dekat korang . Tapi biarlah, ada aku kesah korang suka aku ke idok . Banyak pengalaman manis aku kerja dekat sana, kena marah dengan mak cik security garang sebab salah keluar masa nak rehat, nama aku kena panggil dekat cashier sebab salah letak harga sebabnya mak cik tak bagitau aku yang dia naikkan less seluar tu , aku jadi musuh utama kepada kakak UO tu disebabkan kawan dia , emmm banyak lagilah malas aku nak listkan satu2 .

Thursday, 18 December 2014

First Day As A Promoter

Hari pertama aku menjadi promoter , emm , okaylah takde apa yang menarik pun . Hari pertama aku bekerja aku sudah menunjukkan satu penampilan yang selekeh kepada orang ramai . Yelah korang nak tahu baju kena masukkan dalam seluar . Haisyyyhhhh aku lemah betul bab masukkan baju dalam seluar ni .Sudah berapa lama dah aku tinggalkan tabiat masukkan baju dalam seluar . Tak silap aku last aku pakai baju masukkan dalam seluar masa aku darjah 3 . Itu pun jenuh mak aku paksa aku pakai macam tu . Dan harini aku kena lakukan benda alah tu balik .

Dah la baju yang aku pakai tu besar gelebeh nak mampus . Masa nak siap pergi kerja tu aku tunjuk la dekat mak aku cara aku pakai , nak tahu apa reaksi mak aku . . . dia gelak dalam senyap . Aku rasa nak menangis je tengok mak aku gelakkan aku . Then mak aku tolong la kemaskan anak dia yang sudah sedia maklum seorang yang selekeh . Tapi sekejap je aku kemas , then 5 minit kemudian selekeh balik .

Aku pergi kerja dengan kawan aku si Shafiqa sebab tetiba jer adik aku cakap dia nak pergi mandi Lost World so dia tak boleh hantar aku . Aku rasa macam nak tarik jer rambut dia then hentakkan kepala dia dekat meja . Masa aku turun je tangga nak tunggu Shafiqa datang ambil , ada sorang budak laki ni pandang aku semacam jer . Aku rasa macam nak jer cakap dekat dia apa tengok-tengok aku backhand karang baru kau tau .

Sampai je tempat kerja aku jadi pemalu plus blur kejap . Apa yang mak cik tu cakap semuanya lambat nak dicernakan oleh otak aku . Mak cik tu ajar lah aku macam mana nak buat kerja . Dia bagitau kalau dekat harga tu ada highlight purple tu ada 70% discount , highlight pink 50% , highlight kuning 20% .

Ada sorang bangla tu datang nak beli baju kat awek dia kot . Dia nak saiz M aku cakap takda . Ehh dia tak faham pulak aku cakap tapi sebenarnya aku pun tak faham apa dia cakap . Yelah dah la cakap loghat bangla tapi guna bahasa melayu memang aku tak faham la . Cer kau pakai loghat Kedah saheh cek paham apa hang cakap . Berapa kali aku kena bersabar dengan bangla tu . Fed up aku melayan . 

Tu jer kot cerita aku . Okay, babai

Wednesday, 17 December 2014

Finally I Got A Job

Yeayyy , akhirnya penat lelahku menawaf satu angsana mall menampakkan hasil . Aku diterima bekerja sebagai promoter dekat situ . Tapi satu je aku rasa . . . aku macam takda rasa nak keja dekat situ hahaha . Aku takde rasa excited pun bila dah dapat keja . Dah dapat keja tu aku ambil jelah , boleh lah mengembungkan lagi dompet aku yang sememangnya sudah kempis sekarang ni . Sebab aku rasa bila dah dapat keja tu ambil je lah tak payah nak memilih-milih sangat kerja asalkan kerja tu kerja yang halal .

Harini aku akan mula bekerja sebagai itu promoter . Wah macam mana lah agaknya aku dekat sana nanti sebab ni adalah first time aku nak mula bekerja . Pagi semalam Shafiqa dengan gembiranya telefon aku nak bagitau yang mak cik tu nak ambil aku kerja dengan dia . Aku rasa dia yang lebih excited dari aku .

Lepas jer shafiqa letak telefon aku lari pergi dekat mak aku kat dapur bagitau yang aku dapat kerja . Then nak tau mak aku cakap apa . . . hahaha mak aku cakap tak payah kerja la kak hanis . Wah untungnya dapat mak macam ni . hahaha . Tapi aku tak dengar pun nasihat dia sebab aku nak try kerja pegang duit sendiri tanpa minta duit dekat mak aku . Lagi satu sebabnya ialah aku tak nak duduk dekat rumah makan tengok tv tidur , makan tengok tv tidur and menternak lemak yang sudah sedia banyak di dalam perut .

Okay babai

Celaru

Dear mom and dad,

I'm sorry if my SPM result is not good as your friend's children . But I have tried my best to make you two proud of me .


Sincerely,

Your daughter

 Assalamualaikum . Korang apa khabar hari ni ? Harap-harap korang sihat sejahtera lah hendaknya . Aku dekat sini alhamdulillah sihat . Wah macam nak buat surat kiriman tak rasmi pulak . Kahkahkah

Okay hari ni aku nak kongsikan satu benda yang serabutkan kepala aku sejak kebelakangan ni . Aku tak tau nak selesaikan macam mana . Huwarghhhh ! Kalau aku fikir benda ni mesti automatik aku nak menangis . Korang tau apa benda yang buatkan aku rasa sampai macam ni ?

RESULT SPM ! ! ! ! ! !

Entah kenapa aku rasa result spm aku tak akan gempak . Yelah masa spm bagi aku macam bukan spm . Still banyak main walaupun aku tahu nasib aku akan berubah hanya dengan keputusan spm . Takde perasaan insaf langsung dalam diri . haisyhhh ! Ya Allah takutnya .

Cita-cita aku nak jadi seorang doktor . Tapi, disebabkan aku rasa result spm aku tak akan melayakkan aku capai cita-cita aku so, aku buat keputusan nak masuk form 6 kalau tak dapat matrik lah . Aku tahu masuk form 6 adalah perkara yang banyak pelajar akan tolak sebab aku dengar orang kata masuk form 6 ibarat menjerat diri sendiri . Wah ! nak buat macam mana itu je keputusan yang aku ada kalau resut aku erghhh ! tak nak cakap .

Aku bersedia menjerat diri aku sendiri ( wah ) kalau itu je boleh buat aku capai cita-cita aku . Aku sedia berjuang bermati-matian untuk menjadi seorang doktor . Masa spm tak nak pulak kau berjuang mati-matian hanis hoi . Nak buat macam mana masa tu keinsafan untuk belajar belum timbul .

Emm, okaylah nak chau dulu tengah sedih meratapi nasibku kelak .

Monday, 15 December 2014

Tamatnya Riwayat Seekor Katak

Pada tanggal berapa tah aku tak ingat tahun 2014 , aku dengan kenkawan kelas aku telah menjalankan satu pembedahan yang kejam tanpa berperikemanusiaan ke atas seekor katak gemuk yang maybe menghidap penyakit obesiti .


 Straight to the point , sehari sebelum kami melakukan  pembedahan serius ke atas seekor katak , aku dengan 24 kenkawan yang lain excited gila lah suruh si Sarani pegi beli katak nanti . Nak suruh aku cari dekat rumah alamatnya memang tak akan jumpa lah selagi hujan tak turun .

Jadi hari pembedahan pun menjelma , first time aku rasa semangat gila nak mampus nak pegi sekolah . Then bila sampai sekolah semangat aku tiba-tiba jatuh merudum seperti buah yang masak jatuh ke tanah bila si Sarani cakap dekat kitorang yang dia boleh beli sekor je katak sebab katak mahal . Aku pegi lah tengok katak yang dia kata mahal tu mak aiyy terkejut jemah tengok besarnya katak . Masa tu jugak lah aku rasa nak ketuk kepala si Sarani sebab dah kau beli katak besar harga pun besar lah , tak pasal-pasal aku takde katak sebab katak kau mahal . Sebab excited nak bedah katak , aku dengan 3 orang kawan aku pegi lah cari katak dekat kawasan sekolah . Fed up aku cari sekor katak pun tak nak keluar . So, kitorang terpaksa la menyibuk dengan katak si Sarani .

Masa masukkan katak dalam bekas untuk lalikan otak si katak ni , perghhh katak ni punya tendangan pening-pening memang hebat sampai nak terangkat penutup bekas tu . Semua jerit-jerit gedik takut katak tu keluar dari bekas . Memang riuh la nak habaq mai dalam makmal waktu tu . Nak tau tak katak si Sarani tu ada six pack dekat perut . Dia ni sah selalu pergi gym .

Katak tersebut telah berjaya kitorang bedah . Tetapi sedikit pendarahan berlaku sebab kitorang tercucuk pisau tu dalam sangat . Aku tengok lepas jantung katak tu kitorang buang dari badan dia , jantung tu still ber dup dap dup dap .

Akhirnya proses pembedahan selesai dan nyawa katak tersebut tidak dapat kami selamatkan sebab merata kitorang letak organ dalaman dia . Then bila nak cari dah tak jumpa hahaha . Kitorang berjaya menjadi seorang doktor yang jahat .

Mohon ibu ibu bapa bapa supaya tidak menghantar anak anda di klinik atau hospital kami kelak ahaksss,




Sunday, 14 December 2014

Otak Kosong

Assalamualaikum .

Ini merupakan entry aku yang paling pendek maybe .  Wey korang aku nak bagitau korang something ni . Siapa tak sabar nak tahu sila angkat kedua kaki anda . Benda yang aku nak bagitahu ialah aku tak tahu nak tulis apa untuk hari ni .

Tu je nak cakap okay babai .

Pengalaman Ngeri

Assalamualaikum , sila jawab salam ye kawan-kawan .

Harini tetiba datang mood aku nak bercerita pasal pengalaman ngeri duduk dalam dewan peperiksaan masa SPM . Aku ambil SPM dekat SIS (Seri Intan School ) beberapa minggu yang lepas . So, harini ni aku nak menceritakan lah (tatabahasa betul ke ni ?)  pengalaman aku tu .

Aku ambil 9 subjek untuk SPM . So, aku pelik macam mana bebudak yang ambil berbelas dan berpuluh subjek tu belajar ? Aku rasa diorang ni tak normal sebab 9 subjek pun aku rasa nak terjun sampai mati sebab nak kena study . Aku pernah bet dengan kawan aku result exam sapa yang banyak A kena belanja orang yang banyak A tu . Tapi aku rasa kami tak pernah pun menunaikan janji melayu kami tu sebab takde sapa pun yang belanja bila salah sorang dari kami dapat banyak A .

Walaupun trial SPM dah nak dekat waktu tu , aku dengan kenkawan aku yang lain still boleh relax dalam kelas bercitchat bersama-sama sebab bak kata kami buat nak study awal-awal nanti lupa nak kena baca balik . Bebudak kelas aku yang study waktu ni semuanya bebudak yang skema yang ditarget 9A 10A . hahaha . So, terserlah lah di sini bahawa aku bukanlah seorang murid yang ditarget straight A's tapi tapi tapi aku ditarget untuk dapat At dalam subjek sejarah dengan agama . hehehe bangga kejap dan mohon anda semua untuk menyampah baca ayat di atas hahaha . Dan lagi satu bila difikirkan balik aku rasa menyesal ada pemikiran macam tu ahaksss .

Jadi, sebelum adanya SPM yang bebetul mesti kita kena menghadapi trial SPM dulu betul ke idok? Tolong bagi respon kawan-kawan dengan menjerit sekuat hati anda sampai aku boleh dengar .  Alhamdulillah trial SPM aku okay . Jadi, dari result trial tu lah minat aku nak jadi doktor semakin membara . hahaha hiperbola betul . Sebelum ni rasa macam tak yakin je nak jadi sebab result macam hampeh .

3 hari sebelum nak SPM tu , semua calon SPM kena pegi minta maaf dengan cikgu-cikgu . Aku tengok semua kenkawan kelas aku nangis lepas salam dengan cikgu ( nampak sangat korang jahat dengan cikgu hahaha ) . Masa duk tunggu giliran nak salam cikgu kawan aku si Alia bagitau aku yang dia confirm akan nangis nanti waktu salam dengan cikgu so aku dengan confidentnya cakap aku takkan nangis kot . Tunggu punya tunggu then sampai lah giliran aku . First cikgu yang aku salam ialah pengetua . Pengetua peluk then cakap balik baca yassin banyak-banyak kat rumah . Wah, waktu tu aku dah rasa nak nangis tapi tak nangis pun . Hati sado lah katakan hahaha . Lepas tu sampai turn Pn Soraya dia pesan dekat aku " Hanis, kurangkan sikit main facebook ye " . Aku dalam hati cakap wah kantoi cikgu tahu fb aku .  Sampai je dekat giliran cikgu chemistry aku iaitu mdm yamini aku dah rasa sebak habis dah . Aku cuba control supaya tak nangis . Aku tarik nafas dalam-dalam then aku cakap dekat dia " teacher , im sorry " . Dalam hati cakap wah kau berjaya Hanis sebab tak nangis . Then dia tanya aku " for what Hanis ?" . Lepas dia cakap macam tu terus aku menangis . Aku nangis sebab aku banyak buat dosa dekat dia , memain bila dia ajar ,  tak buat kerja rumah dia , selalu melawan cakap dia, selalu mengumpat dia, macam-macam lagi lah . Lepas turn mdm Yamini sampai lah pulak turn Mdm Sue cikgu addmath aku . Dia cakap dekat aku , " Ehh , sudah-sudah apalah nangis sampai sedu-sedu macam ni . So, hari-hari seterusnya aku dengan kenkawan aku ni punyalah berusaha tak nak mengumpat cikgu . Semua datang sekolah pakai salotape ( korang tahu tak benda apa tu? buat-buat tahu je lah ) dekat mulut . hahaha

Malam nak SPM tu cek nak bagitau dia punya takut tidak boleh diungkap dengan kata-kata . Satu hari aku dengan kawan-kawan aku tak tidur . Sampai jer waktu pagi buta merembang kitaorang berwhatsapp tanya-tanya soalan yang kitorang baca tadi supaya tak lupa + tak mengantuk . Yang kawan aku si Mai yang selalu bangun awal nak pergi sekolah ni terkejut sebab selalunya kalau dia mesej pagi-pagi buta memang tak akan ada sapa pun reply sebabnya sebelum-sebelum ni waktu-waktu macam tu kitorang sedang enak berdengkur + bermimpi seorang putera kaya datang masuk meminang .

Pagi masa nak pergi sekolah tu aku duduk depan mak then cakap dekat mak yang aku takut . Lepastu terus mak aku buka buku Yassin baca depan aku . Kucing aku pun sibuk sondol-sondol badan dia depan aku maybe dia tau aku tengah takut so dia nak tengangkan aku . Thanks mak thanks Kuning sayang korang sangat sangat .



Masa SPM subjek Sejarah perghh aku tak dapat ungkapkan macam mana stressnya nak hafal semua fakta . Sehari semalam aku tak tido dan yang lebih stressnya waktu tengah pagi nak exam aku baru baca bab satu form 5 . Aku rasa macam nak bagitau mak aku tak nak pegi sekolah atau buat buat sakit jawab dekat hospital mana tau dekat hospital peluang nak meniru tu lagi besar hahaha . Jahat budak ni . Masa ni aku memang menyesal gila sebab tak study awal-awal waktu ada masa lapang dalam kelas . Dalam soalan sejarah ni perghhh ! soalan KBAT penuh . Ada satu muka surat tu semua soalan KBAT pasal sukma dengan pilihan raya . Waktu tu aku rasa nak koyak je kertas sejarah tu depan pengawas peperiksaan .

Lagi satu soalan yang aku still ingat sampai sekarang dan akan ingat sampai bila-bila adalah soalan KBAT maths . Soalan ni memang membuatkan calon-calon SPM terkejut beruksss + kera + gorila dan yang sama waktu dengannya . Soalan dia berbunyi macam ini :


1kg durian dan 1kg nangka ialah rm 11, 3kg durian dan 1 kg nangka beza rm 5 . Berapakah harga 1kg nangka ?  

Gila blank otak nak jawab apa ni . Aku rasa macam nak tulis dekat kertas tu ehh engkau pergi lah tanya tukang jual buah tu sendiri . Fed up aku . Tapi lepas fikir punya fikir dapat juga jawab pakai formula simultanoeus equation . Habis je waktu math kitorang dengan relax keluar dari dewan .Nak bajet budak baik lah tu depan pengawas peperiksaan .  Sampai je dekat tempat letak beg , kelibat pengawas peperiksaan pun dah tak nampak  kekecohan yang mirip bersih 3.0 mula berlaku disebabkan semua calon mogok soalan math yang macam entah pape .

Soalan addmath punya KBAT tanya pasal mangkuk . haisyhhh, mangkuk betul soalan ni . Dia punya soalan perghhh punyalah susah nak mampus .  Waktu physics paper 2 tetiba otak aku blank padahal semuanya aku dah baca . keluar je dari dewan peperiksaan aku rasa macam nak histeria dekat semua orang sebab aku tak dapat jawab soalan tu .

Lepas je habis SPM wah bukan mainlah budak kelas aku menjeritnya sebab last paper subjek biology so bebudak kelas lain takde . Dia punya happy macam nama kau terpanggil waktu pengetua panggil nama kau sebab dapat straight A's SPM .  Seminggu lepas tu semua kertas kertas SPM aku sudah terbang dalam tong hijau dekat bawah rumah aku . Lagi aku tengok kertas tu lagi aku rasa nak nangis sampai keluar hingus .

yeahh , itulah serba sedikit pengalaman aku masa minggu akhir nak SPM .


AYAH !

Assalamualaikum . . .


last beraya dengan arwah ayah


Entry aku kali ni , aku nak menceritakan perasaan aku menjadi seorang anak yatim .
Aku menjadi anak yatim ketika berusia 16 tahun . Pemergiannya amat sukar dilupakan dan sangat memeritkan untuk aku kenangkan .

Amat sukar menjadi seorang anak yatim apabila melihat semua kawan-kawan aku memiliki ayah . Sedih apabila melihat kegembiraan kawan-kawanku apabila melihat ayah depa menghantar dan mengambil depa dari sekolah serta rakan-rakan aku juga dapat berkongsi suka dan duka bersama ayah depa . Ya Allah sedihnya .

Ayah aku merupakan seorang penghidap penyakit diabetes yang disebabkan oleh keturunan . Penyakit diabetes ayah normal pada mulanya . Selepas itu , ayah menghidapi penyakit lain iaitu saluran injapnya sudah tersumbat . Jadi, ayah telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk menukarkan injapnya kepada injap yang baru . Namun , penyakit diabetes ayah semakin lama semakin parah kerana terdapat luka pada kakinya . Ayah telah dimasukkan ke dalam Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk membuang ibu jari kiri kakinya kerana sudah dijangkiti kuman . Tidak lama selepas itu , kuman tersebut telah merebak ke seluruh kakinya menyebabkan kaki kirinya perlu dipotong sehingga paras lutut . Betapa terseksanya aku melihat ayat menanggung kesakitan akibat pembedahan tersebut .

Sewaktu ayah meninggal dunia, aku sedang berada dalam bulan peperiksaan akhir tahun . Namun aku bernasib baik kerana semasa ayahku mengharungi sisa-sisa kehidupannya , aku dan emakku berada di sisinya sehingga ayahku menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2.11.2013 iaitu pada pagi Sabtu yang tenang dan damai .

Badanku menjadi lemah apabila melihat tubuh kaku ayahku semasa jasadnya dibawa ke hospital , semasa jasadnya hendak dimandikan dan semasa jasadnya hendak disembahyangkan . Ayahku telah disemadikan di Perlis berdekatan dengan kubur arwah ayahnya iaitu tokwanku .

Jenazah ayah telah diiringai dengan beberapa kenderaan polis kerana ayahku merupakan seorang anggota polis . Jenazah ayah sampai di Perlis selepas waktu maghrib . Jenazah ayahku diletakkan di rumah arwah ayahnya untuk adik beradik serta saudaranya melihat arwah buat kali terakhir . Selepas Isyak arwah disembahyankang lagi sebelum berangkat ke tanah perkuburan .



tanah perkuburan tempat ayah disemadikan


Aku menjadi sedih dan sebak apabila melihat jasad ayah diturunkan ke liang lahad . Masa ini segala memori dan kenangan yang indah bersama ayah terlayar di ruang minda . Aku hanya mampu melihat jasad kaku ayahku yang diselimuti kain putih untuk disemadikan . Aku melihat wajah emakku dan wajahnya menunjukkan bahawa emakku redha dengan ujian yang menimpanya apabila ALLAH S.W.T mengambil suaminya yang tersayang daripada kehidupannya . Dalam hati aku berkata , " ya Allah kuatnya hati emakku dan tenangnya dia menerima pemergian ini " .



Malam sebelum ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir , ayah kelihatan gembira melayan anak-anak dan cucunya serta ayah ada berpesan kepada aku supaya aku pergi mengambil lesen .  Mungkin ayahku berpesan begitu kerana nanti siapa nak bawa emakku ke pasar? Siapa nak bawa emakku jalan-jalan kerana emakku seorang yang tidak tahu membawa moto atau kereta .

Itulah merupakan kenangan terakhir aku bersama ayahku . Ayah tunggulah anakmu ini di syurga sana dan anakmu berdoa agar rohmu tenang di sana . amin .

Al-fatihah untuknya .

Saturday, 13 December 2014

Hantu

Assalamualaikum hai korang selamat bertemu kembali .

Mood aku hari ni nak bercerita pasal hantu . Disarankan supaya orang yang takut hantu untuk baca dan orang yang tak takut pun baca . Kisah ni terjadi waktu aku tinggal dekat Langkawi . Blok yang aku duduk tu sebelah dengan badminton court . Tapi badminton court tu dah lama orang tak pakai so tempat tu dah macam hutan sebab banyak lalang tumbuh dekat situ .

Aku memalam kalau nak tidur mesti takut sebab satu tingkap bilik rumah aku takda jadi kalau aku nak tidur mesti aku akan ternampak pokok-pokok tinggi dekat badminton court tu sebab aku duduk tingkat 2. Aku tidur dengan kakak aku satu katil , aku tidur paling hujung sebelah tingkap . Tingkap yang cermin takda tu dekat sebelah kaki aku , jadi bila aku terjaga dari tidur tengah-tengah pagi buta memang mata aku akan pandang tingkap tu dulu .Then kalau angin kuat je malam-malam mesti pintu blok sebelah akan bum bang bum bang sebab blok sebelah tingkat 4 kebanyakkannya tak ramai orang duduk . Fuhh, memang menyeramkan blok tu bila malam .

Satu hari tu aku masuk tidur awal sebab esok nak sekolah , Selalunya dalam bilik tu aku dengan 3 orang kakak aku akan tidur sesama . Aku dengan kakak aku yang first tidur atas katil , kakak aku yang si biah ni tidur dekat katil atas , kakak aku yang second ni tidur dekat bawah lantai tapi pakai tilam lah .  Pagi tu mak aku kejut pergi sekolah baru aku perasan yang aku tidur atas katil sesorang . Aku rasa macam nak sekeh je kepala kakak-kakak aku semua sebab biarkan aku tidur sorang.  Nasib aku tak terjaga waktu tidur tu kalau tak bisinglah rumah tu dengar aku menangis . Kakak aku yang second tu takde sebab dia still study lagi . Kakak aku yang si biah tu g teman kakak aku yang first tu tidur dekat rumah dia .

Lepas mandi pakai baju semua tetiba mak aku tanya aku ada dengar tak bunyi orang menangis semalam . Aku cakap aku tak dengar then mak aku cakap hang ni tidoq sampai tak sedaq apa .  Tapi mak aku tak cerita lagi semua benda tu lepas aku balik sekolah baru mak aku cerita . Mak aku kata ada suara perempuan menangis dalam hutan dekat dengan court badminton tu . Mak aku cakap kawan-kawan dia pun dengar tapi takda sapa pun berani pegi tengok sebab malam tu anjing rumah hujung asyik duk menyalak ja . Dalam hati memanjat kesyukuran aku tak dengar bunyi tu .

Malam tu masuk tidur si biah ni tidur sebelah aku sebab kakak aku yang first takda . Sebab still takut dengan benda yang mak aku cerita petang tadi aku pun masuk bilik baca doa yang aku tau buat-buat lah ludah dekat katil aku tu . Bukan ludah yang keluar air liur tu tapi ludah yang macam pelakon-pelakon suka buat tu bila nak halau hantu . Hah macam tu lah . So malam tu aku tidur sampai lah esok pagi .

Pagi lepas sarapan tiba-tiba si biah ni nak bercerita sesuatu dekat mak dengan ayah aku . Nak tau apa dia cerita . Jeng jeng jeng . hahaha dia kata dia nampak hantu lintas dalam bilik yang aku dengan dia tengah tidur waktu dia bangun nak terkencing . Dia kata dia nampak hantu tu rambut panjang ada kepala saja lintas depan dia keluar ikut tingkat bilik aku yang takde cermin tu . Wah ! nasib baik bukan aku yang nampak kalau tak mau bergegar satu kuarters polis tu dengan aku menjerit .

Hahaha itulah cerita yang tak berapa nak seram dari aku .


Wednesday, 10 December 2014

Pengalaman Cari Kerja Lepas SPM

안녕하세요 (annyeonghaseyo)

Sejak menjadi penganggur selama beberapa minggu dekat rumah , tetiba terasa macam nak pegi keluar cari kerja . keinginan ini didorang oleh (wah ayat bm kau ) kekempisan isi dalam dompet aku . So aku teringin juga nak kerja , parent aku pun bagi . Yehuuu !

Aku dengan kenkawan aku pun semangat sungguh nak cari kerja . kitorang pegi cari kerja dekat Angsana Mall yang dulu namanya Greentown Mall . First kedai kitorang g cari dekat kedai Buku Buku . Sembang punya sembang bila dia sebut bab gaji tetiba meremang bulu tengkuk sebab gaji dia RM 1500 . Perghhh terserlah mata duitan hahaha .

Lepastu pegi minta dekat kedai kasut tapi dia nak sorang je tapi yang kitorang ni pegi sampai 5 orang . hahaha so semua reject kerja tu .

Jalan punya jalan jumpa kertas jawatan kosong dekat kedai emas . Kerja tu pun kitorang tolak sebab takut tauke kedai emas tu rugi pulak . Mesti korang fikir benda jahat kan waktu aku cakap macam ni . Mesti dekat kepala korang ada soalan-soalan macam ni " depa ni pencuri kah ?" 'perompakkah? ' Yang tak terfikir buat-buatlah terfikir hahaha . Sebenarnya bukan macam tu sebab kitorang buat andaian kalau perompak datang nak rompak semua emas tu mesti kitaorang akan cakap " hah, ambiklah ambiklah , jangan bunuh aku sudah " sebab kitorang akan lebihkan nyawa kitorang daripada semua emas tu . So, kepada semua tauke tauke kedai emas satu Malaysia tolong jangan ambil kami bekerja di kedai anda .

Last kerja kitorang minta kerja dekat dalam UO . Tapi kitorang ditolak sebab belum cukup umur . Penat aku berjalan tapi kau tolak aku kerja . Siap kau hahaha memain je .
Ingat nak g minta dekat marry brown dengan subway tapi kaki sudah penat nak menawaf satu Angsana Mall tu .

Jadi nampaknya aku kena jadi penganggur lagi la dekat rumah menambahkan berat badan dan lemak di dalam badan .

Monday, 8 December 2014

Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN )




sadisnya hidup !


Program Latihan Khidmat Negara . Yeahh , aku adalah salah seorang manusia yang tidak beruntung sebab terpilih dalam benda alah ni . Dari 12 orang ahli G-Mochi hanya 4 orang je terpilih . Yang paling menyakitkan hati orang yang nak pegi tak dapat , orang yang tak nak pegi pula dapat . Frust betul ! Dan yang paling membengangkan aku ialah semua orang yang terpilih wajib pergi . Tak kira lah apa alasan kau tak nak pegi, kau tetap kena pergi kecuali kalau kau sakit . Wah , kalau aku sakit hati boleh tak kalau aku tak pergi  ? Tapi apa aku boleh buat kalau tak pergi kena tindakan baik aku pergi . Aku tak suka plkn ni sebabnya dia akan memisahkan aku dengan family aku , dengan kenkawan aku selama 3 bulan . Arghhh ! ! !

Panggilan pertama dah pergi 6 dengan 8 haribulan aritu . Seorang daripada ahli G-Mochi kena ergi waktu ni . Sadisnya hidup dia kena pegi sensorang, hahaha . Aku dan 2 orang ahli G-Mochi tak dapat panggilan pertama . So, kena tunggu pangggilan kedua atau ketiga .



Kalau aku dapat panggilan ketiga maknanya aku adalah budak yang jahat . huwa huwa huwa ( tetiba gelak macam makhluk bertanduk dua pula ) sebab aku ada dengar orang kata kalau dapat panggilan ketiga semua budak jahat-jahat. Kita tengoklah nanti aku dapat panggilan berapa .

Okay , babai 😃

Lapar Tahap Gaban

Assalamualaikum

uuwwwaarrgghhh , mengantuknya ! ! ! ( tak sopan betul anak dara ni ) Ni kalau Puan Norhayati tahu aku melalak macam ni , alamatnya kena ceramah 4 hari 3 malam lah agaknya , ahaksss . 

" Mak , cepatlah balik !" ayat tulah yang aku selalu sebut dalam hati sejak hari sabtu haritu . arghhh ! Mak balik kampung tinggal orang sensorang dekat sini . " Hak alah Hanis , kau yang tak nak balik kau salahkan mak kau pulak " . Ehhh , suara siapa tu ? Suara aku lah sebab aku sensorang je kat rumah sekarang . Yelah aku malas lah nak balik dari ipoh ke perlis . huh ! kebas habis satu badan duduk dalam kereta . Nak nak sekarang cuti sekolah dengan jalan sesak lagi kematu lah badan-badan aku semua . Daripada aku kena menghadapp semua benda alah tu , lebih baik aku duk relax-relax dekat rumah ada jugak faedahnya and lagi satu tido pun boleh bangun lambat . hahaha , konfem lepas ni mesti ramai mak mak mertua reject aku . hahaha gelak lagi , mohon anda untuk gelak sama . 

ha ha ha ha ha ha ha ( lebih-lebih pulak kau Hanis )



tengok sunyi je rumah . 


Okay disebabkan aku ni seorang yang penakut , so aku dengan lembutnya mengajak semua kawan-kawan aku berkampung dekat rumah aku selama 3 hari 2 malam . Huh , bila malam memang kecoh gila la rumah aku dengan suara gelak ketawa daripada 3 anak dara yang bila gelak tak reti nak cover langsung . Jatuh keayuan masing-masing bila gelak hahaha .

Hari pertama kena tinggal . . . 

Masa hari pertama semuanya takda masalah . Makanan semuanya mak aku dah masak dan tinggalkan untuk aku makan . Bila kenkawan aku datang aku just perangat ( hangatkan ) je lauk tu bagi panas then bagi diorang makan . Malam pun makan lauk yang sama sebab banyak lagi baki yang tinggal . Kawan aku si Diana ni memang kaki makan . So, bila ada lauk tak habis aku akan arahkan dia makan untuk habiskan lauk tu . Si Diana ni dengan patuhnya mengikut arahan aku habiskan lauk atas meja tu . Nampak kejam kan , hahaha yalah nanti kalau aku buang semua lauk tu rasa macam aku tak menghargai penat lelah mak aku memasak untuk aku ( banyak ' aku ' kau Hanis ) .

Hari kedua kena tinggal . . .

Hari kedua pun takde masalah bab makan . Makanan yang semalam aku suruh Diana habiskan dia tak habiskan . Jadi, aku hangatkan je balik lauk tu . Dalam hati memanjat kesyukuran yang tidak terhingga sebab Diana tak habiskan lauk kalau tak aku nak makan apa . Dahlah masak pun tak reti . Petang tu si Shafiqa pulak kena balik so tinggal lah aku sorang dekat rumah . then Alia whatsapp kata nak datang umah aku . Aku dengan gembiranya balas balik whatsapp dia kat " ha mai lah rumah aku takdak sapa pun " . 

Malam tu ada bola so mulut aku ni tak habis- habis mengulas mutu permainan pasukan bola sepak kita ( ecewah kau Hanis ) . Yang si alia ni keja main fon dengan bakal 'bf 'nya sebab dia tak minat bola . Rezeki kami malam tu sebab si Diana bawak mai piza NIE makan kat umah aku . Tapi yang ruginya aku tak makan piza .Sadisnya hidup !

Hari ketiga kena tinggal . . .

Banyak betul masalah yang muncul sebab tak tahu nak makan sarapan apa . Aku bagi cadangan dekat alia nak buat maggi kicap tak? alia cakap boleh jer tapi masalahnya kat sini kami berdua tak pandai masak . Mati kutu dah aku nak bagi si Alia ni makan apa . last-last aku ambik perencah tomyam masukkan dalam air then masuk maggi hah makanlah hang sampai kenyang .

Sampai waktu petang mulalah perut kami berdua ni jahat minta makanan . Dah lah aku tk reti masak engkau keja lapar je . So, alia pun call lah KFC delivery sebab dia pun lapar . Call punya call dah cakap separuh jalan , tangan aku yang gatal ni g tekan benda alah apa tah dekat telefon rumah aku tu then panggilan pun putus . lepastu si Alia ni malas nak call balik . Jadi aku ambil langkah lain dengan mengisi food panda sebab lapar chatime pulak . Isi punya isi dah hantar dan dengan sabarnya menunggu tetiba chatime call cakap dia tak boleh hantar delivery . asdfghjkl , aku rasa nak mencarut je masa tu . ( haisyhhh , tak baik Hanis )

Lepas semua langkah di atas gagal ,petang tu aku ngan Alia g ' Yah Cafe ' . Sampai-sampai makanan pun takda. Hampa lagi . Pegi kedai runcit pula , kedai runcit pulak tutup . last-last dua-dua fed up balik rumah buka suis tv hah tengoklah kau sampai lebam biji mata . Tengok tv sambil perut berkeroncong main dram memang takde feeling lah aku ngan si Alia tengok tv .

Hahaha , itulah kisah aku hari ni .

Aku rasa cukup dah kut sampai sini sebab nanti korang malas plak nak baca . So, kenkawan babai and assalamualaikum . Sampai ketemu lagi ( wah loghat indon pilak kau ye ) okaylah babai 


Saturday, 6 December 2014

G-Mochi

Assalamualaikum  . . .
Tajuk entry aku kali ni ialah . . . jeng jeng jeng . . . G-Mochi ! ! Mesti korang tertanya-tanya kan apa tu G-Mochi ? Tak pernah dengar pun nama ni . Sejenis makanankah ? minumankah ? nama tempatkah ?

Okay mai sini aku nak bagitau kat korang G-Mochi tu apa . G-Mochi tu adalah nama bagi tanda persahabatan antara aku dengan 11 kenkawan aku yang lain . that mean G-Mochi ni macam nama bagi group kita orang lah . So, ada faham sikit?

Nama G-Mochi ni diambil berdasarkan kombinasi 3 group which is GG ,  MOCHI and DNSA . Setiap group-group kat atas tu terdiri daripada 4 orang ahli . 

Ahli-ahli GG terdiri daripada Nurul Hanis Syazwani , Nur Shafiqa , Nurin Nisya n Nur Shawanie Aida .

Ahli Mochi pula terdiri daripada Farah , Farah Nabilah , Nurul Atikah dan Syafiqah Umairah

Sementara group DNSA pula terdiri daripada Nur Diana , Siti Nur Khairunnisa , Nur Sofea Adira dan Siti Nur Aliah .

Group-group ni ditubuhkan pada tahun 2010 dan telah bergabung meletop ( cewah ) pada tahun 2011 iaitu masa kitaorang form 2  . kenapa tahun 2011 bukan 2010 ? ehh suka hatilah sibuk pulak dia hahaha main je . sebab masa kitaorang form 1 kitaorang ni baru nak mengenali antara satu sama lain . Wah ayat kau Hanis macam nak buat karangan hahaha .

Korang nak tahu apa jadi masa kitaorang nak bergabung tu ? hahaha yang aku bakal ceritakan kejap lagi mesti akan buat korang rasa . . . hak alah ! beria gila depa ni . kitaorang siap buat surat perjanjian tertubuhnya group tersebut . aku pun tak tau apa yang mendorong diorang buat benda tu . mungkin masa tu pemikiran kitaorang belum matang kot . hahaha . Nak tahu siapa yang sign surat perjanjian tu ? Orang tersebut adalah orang yang sedang menulis entry ni . hahaha bila memikirkan balik wah keja bodo apa yang dah buat tu Hanis ?

Lepas dah tandatangan surat perjanjian tu , kawan kawan aku yang mereng mereng ni g tampal surat tu dekat papan kenyataan kelas . setiap kali cikgu masuk kelas aku akan tanya "apa benda ni ?" lepastu semua malu malu gelak gelak . tau pun malu masa buat tak malu .

Alhamdulillah sampai sekarang kitaorang masih bersama dan persahabatan kami masih kekal sampai hari ni . walaupun kitaorang ni selalu gaduh tapi lama lama akan baik balik .

Sampai sini je kot sebab aku tak tau nak tulis apa benda dah ni sebab aku rasa ayat ayat kat atas tu sudah merapu rapu isinya .

okay babai , assalamualaikum 😃

Salam Perkenalan

Assalamualaikum !

Hari ini pada tarikh 6 December 2014 aku telah muncul di dalam dunia blog sebab ramai kenkawan aku ada blog tapi aku takda . So, aku telah membuat keputusan secara mengejut untuk menghasilkan satu blog aku sendiri . Hahaha okay tak lawak .

 Hah ! sebelum ni aku baca je blog diorang , cerita-cerita diorang tapi sekarang aku dah boleh  coretkan apa yang aku suka dekat blog aku sendiri . yuhuuu !

Hanis Syaz adalah singkatan bagi nama aku iaitu Hanis Syazwani . Hanis Syaz dipilih untuk dinamakan pada blog ini sebab dah nama tu je yang boleh daftar dekat sini . Geram aku ! OKay aku merupakan pelajar lepasan SPM tahun ni . Emmm , dengan adanya benda alah ni bolehlah aku  mengisi masa cuti aku yang tak berapa menyeronokan ni dengan membiasakan diri dalam dunia blog .

" Wah Hanis dah maju " ayat yang akan aku dengar beberapa hari , beberapa minggu , beberapa bulan dan beberapa tahun akan datang bila kenkawan aku tahu aku dah ada blog . Ayat biasa bila aku cuba berjinak-jinak dengan sesuatu benda yang baru . Apa yang majunya pun aku tak tau .

Emmmm , apa lagi aku nak tulis kat sini ?

Fikir ! Fikir !

Okay aku rasa sampai situ je kot sebab dari tadi aku perati blog aku ni ayat-ayat aku ni semakin skema .

Itulah serba sedikit perkenalan daripada aku .

Assalamualaikum , bye !