Entry aku kali ni , aku nak menceritakan perasaan aku menjadi seorang anak yatim .
Aku menjadi anak yatim ketika berusia 16 tahun . Pemergiannya amat sukar dilupakan dan sangat memeritkan untuk aku kenangkan .
Amat sukar menjadi seorang anak yatim apabila melihat semua kawan-kawan aku memiliki ayah . Sedih apabila melihat kegembiraan kawan-kawanku apabila melihat ayah depa menghantar dan mengambil depa dari sekolah serta rakan-rakan aku juga dapat berkongsi suka dan duka bersama ayah depa . Ya Allah sedihnya .
Ayah aku merupakan seorang penghidap penyakit diabetes yang disebabkan oleh keturunan . Penyakit diabetes ayah normal pada mulanya . Selepas itu , ayah menghidapi penyakit lain iaitu saluran injapnya sudah tersumbat . Jadi, ayah telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk menukarkan injapnya kepada injap yang baru . Namun , penyakit diabetes ayah semakin lama semakin parah kerana terdapat luka pada kakinya . Ayah telah dimasukkan ke dalam Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk membuang ibu jari kiri kakinya kerana sudah dijangkiti kuman . Tidak lama selepas itu , kuman tersebut telah merebak ke seluruh kakinya menyebabkan kaki kirinya perlu dipotong sehingga paras lutut . Betapa terseksanya aku melihat ayat menanggung kesakitan akibat pembedahan tersebut .
Sewaktu ayah meninggal dunia, aku sedang berada dalam bulan peperiksaan akhir tahun . Namun aku bernasib baik kerana semasa ayahku mengharungi sisa-sisa kehidupannya , aku dan emakku berada di sisinya sehingga ayahku menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2.11.2013 iaitu pada pagi Sabtu yang tenang dan damai .
Badanku menjadi lemah apabila melihat tubuh kaku ayahku semasa jasadnya dibawa ke hospital , semasa jasadnya hendak dimandikan dan semasa jasadnya hendak disembahyangkan . Ayahku telah disemadikan di Perlis berdekatan dengan kubur arwah ayahnya iaitu tokwanku .
Jenazah ayah telah diiringai dengan beberapa kenderaan polis kerana ayahku merupakan seorang anggota polis . Jenazah ayah sampai di Perlis selepas waktu maghrib . Jenazah ayahku diletakkan di rumah arwah ayahnya untuk adik beradik serta saudaranya melihat arwah buat kali terakhir . Selepas Isyak arwah disembahyankang lagi sebelum berangkat ke tanah perkuburan .
tanah perkuburan tempat ayah disemadikan
Aku menjadi sedih dan sebak apabila melihat jasad ayah diturunkan ke liang lahad . Masa ini segala memori dan kenangan yang indah bersama ayah terlayar di ruang minda . Aku hanya mampu melihat jasad kaku ayahku yang diselimuti kain putih untuk disemadikan . Aku melihat wajah emakku dan wajahnya menunjukkan bahawa emakku redha dengan ujian yang menimpanya apabila ALLAH S.W.T mengambil suaminya yang tersayang daripada kehidupannya . Dalam hati aku berkata , " ya Allah kuatnya hati emakku dan tenangnya dia menerima pemergian ini " .
Malam sebelum ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir , ayah kelihatan gembira melayan anak-anak dan cucunya serta ayah ada berpesan kepada aku supaya aku pergi mengambil lesen . Mungkin ayahku berpesan begitu kerana nanti siapa nak bawa emakku ke pasar? Siapa nak bawa emakku jalan-jalan kerana emakku seorang yang tidak tahu membawa moto atau kereta .
Itulah merupakan kenangan terakhir aku bersama ayahku . Ayah tunggulah anakmu ini di syurga sana dan anakmu berdoa agar rohmu tenang di sana . amin .
Al-fatihah untuknya .



No comments:
Post a Comment