Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.The truth is you don't know what is going to happen tomorrow. Life is a crazy ride, and nothing is guaranteed

Monday, 12 January 2015

Babai My Bro

ASSALAMUALAIKUM

Entry aku harini adalah khas untuk adik aku yang telah memulakan hari pertama persekolahan dia di Tingkaatan 4 dan masuk asrama buat kali pertama di Sekolah Sukan Syed Hassan , Perlis . So aku just  nak cerita pasal dia je harini .

Buat adikku ,
Pemergian hang untuk memasuki asrama buat pertama kali telah membuatkan rumah kita terasa macam kosong . Sunyi semacam ja rasanya . Aku tahu hang tak suka sekolah dekat sana sebab hang takda kawan lagi kan . Aku tahu hang mesti boring dekat sana kan tapi nak buat macam mana untuk belajar punya pasal , hang kena la buangkan perasaan tu jauh jauh .

Walaupun dekat rumah kita selalu gaduh , sampai satu tahap aku rasa nak sepak je muka hang , tapi tak bermakna aku benci hang . Alah , gaduh adik beradik biasa la , kejap ja gaduh , nanti baik lah . Hang nak tau tak , aku nampak mak menangis waktu sembahyang maghrib lepas balik dari asrama hang , aku rasa mesti mak nangis sebab hang .

Tadi aku pegi sekolah hang , aku nampak hang macam mengantuk ja kat sana , hah ! baru hang tau duduk kat asrama tu macam mana . Kena bangun awal , gosok baju sendiri , basuh baju sendiri . Selalunya kalau kat rumah , berapa puluh kali mak kejut hang bangun pagi pergi sekolah , hang still tak bangun buat pekak badak ,  hang campak ja semua baju hang dalam bakul then mak basuhkan , sekarang hahahaha hang buatlah semua tu sendiri . Barulah hang tau pengorbanan yang mak dah buat kat hang selama ni .

Hang belajar lah elok elok kat sana supaya hang dapat tunjukkan dekat mak dengan ayah dekat sana yang anak anak mak dengan ayah semua boleh berjaya . Hang jangan nak malas malas kat sana , kalau aku dapat tahu , aku sekeh sekeh kepala hang .  And lagi satu , main badminton tu main elok elok , jangan duk main sambil lewa . Ingat orang yang dah tolong hang selama ni .

Okay aku rasa setakat ni je kot entry aku untuk hang . ingat belajar elok elok kat sana . Jangan hang gatai gatai nak bercinta pulak dengan budak perempuan dekat sana . Aku rasa kalau hang baca entry aku ni , mesti hang akan gila gila gelakkan aku tapi kemungkinan untuk hang baca hanyalah 50% sebab hang bukannya tahu blog aku yang mana .

No comments:

Post a Comment