Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.The truth is you don't know what is going to happen tomorrow. Life is a crazy ride, and nothing is guaranteed

Tuesday, 6 January 2015

Siapakah Hanis ?

ASSALAMUALAIKUM
Pada jam 2:57 pagi buta merembang ni tetiba pula otak ni meroyan nak update entry pasal diri sendiri pulak . Okay tetiba teringat kenangan masa zaman sekolah selalu tulis biodata sendiri dengan kawan kawan dalam buku . Setiap tahun buku lain walaupun isi kandungannya tetap sama . Nama still sama , nama ayah nama mak still sama , tapi nak jugak buat buku biodata lain setiap tahun . Membazirkan buku betul . Tapi bagus jugak daripada aku campak semua buku tak pakai dekat dalam rumah aku ke dalam tong hijau bawah rumah aku , better aku pakai buat biodata kenkawan aku . Kan kan kan .
Okay disebabkan ayat pembukaan yang membosankan , let i start my entry about myself . Wah bajet macam semua orang kenal aku . Ada ke orang nak baca entry aku ni? hahaha apa aku kesah nak baca , baca . Tak nak baca pun takpa .
Tepat jam 4:30 pagi pada tanggal 13 Jun 1997 , telah lahir seorang bayi perempuan seberat °_° * entah aku pun tak tahu berapa berat aku masa tu * di Hospital Kajang , Selangor . Bayi perempuan tersebut telah dinamakan dengan nama NURUL HANIS SYAZWANI yang sekarang lebih dikenali sebagai :
Hanis - kenkawan kelas panggil dengan nama ni
Kak Nih - nama ni digunakan bila budak g-mochi nak panggil aku
Mayonis - nama ni diberikan oleh ustaz yang ajar aku mengaji . Mungkin muka aku sedap dipandang macam mayonis sebab tu dia panggil aku macam tu *ecewah* . Dan disebabkan tu adik aku dah tak panggil aku dengan gelaran kak hanis tapi telah memanggil aku dengan gelaran MAYONIS . Bengang betul bila dia panggil aku macam tu depan orang ramai . Malu tau . Dan sekarang anak saudara aku pun panggil aku dengan gelaran ni sebab dihasut oleh adik aku .
Hanus - digunakan oleh Shafiqa and Fana bila tertypo masa nak reply chat aku .
Mek Yan - nama ni aku dapat masa aku sekolah rendah dekat Langkawi sebab kawan aku kata aku selalu gelak macam orang meroyan , so dia namakan aku dengan nama ni .
Okay sambung balik . . .
Menjadi anak ke-5 dalam keluarga bagi pasangan Che Din dan Norhayati . Dianugerahkan Allah dengan ketinggian 156cm *ukuran masa form 4* dan berat yang menyakitkan hati *biarlah aku sorang je yang mengetahui :)* . Mempunyai 5 orang adik beradik 2 lelaki dan 3 perempuan . Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Langkawi dan melanjutkan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Seri Negeri , Langkawi dan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sri Kinta , Ipoh . Seterusnya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan , Ipoh . Sekarang sedang menunggu keluarnya result spm untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan untuk menjadi seorang Doktor . Kalau tak dapat jadi doktor nak jadi Ahli Meteorologi in shaa Allah  .
Sering menunjukkan muka yang ceria dan gembira walaupun tengah ada masalah dengan mulut yang sentiasa pot pet pot pet dengan loghat Kedahnya tetapi akan menjadi seorang yang pendiam dan sombong plus malu malu badak dengan orang yang tidak dikenali . Seorang yang tak akan jawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan seorang yang sangat penakut dan mudah menangis bila keseorangan . Okay tetiba teringat kisah pasal aku menangis sebab keseorangan . Kisahnya bermula begini .
Waktu first day aku masuk sekolah rendah dekat Ipoh , aku dah ada dua orang kawan sebab diorang tinggal dekat kuarters yang sama dengan aku . Nama depa Nurin dengan Farah . Nurin ni sama kelas dengan aku so bila aku nampak dia dalam kelas yang sama dengan aku , taklah aku rasa sensorang . Rehat pun aku keluar rehat dengan dia . Hari kedua dia tinggal aku sensorang dalam kelas then rehat dengan kawan dia yang sekarang dah pun jadi kawan aku . Tetiba aku jadi takut then aku pun pegi lah kelas adik aku nak ajak dia rehat . Masa aku otw nak ke kelas dia , masa tu jugak lah air mata mengalir dan masa tu jugaklah ada dua orang budak lalu depan aku nampak aku menangis . Pastu dia tanya kawan dia " wey, kenapa kakak tu menangis ? " What the frog malu gila waktu tu . Dan paling memalukan aku kena hadap muka budak tu lagi kat sekolah menengah . Dah la masa sekolah menengah aku selalu ajet ajet gangster , kalau lah budak tu kenal aku lagi , aku sure 100% dia akan cakap dalam hati " hak alah dah la dulu sekolah rendah menangis , masuk sekolah menengah kau nak ajet ajet gangster plak depan aku " lebih kurang macam tu lah dia akan cakap .
Makanan dan minuman kegemaran adalah . . . jangan tanya sebab semua makanan ngan minuman aku bedal tambah tambah bila tengah lapar tahap reban ayam  . Sangat fanatik pada warna Ungu *arghhhh suka suka*  Lebih gemar mengisi masa terluang dengan membaca novel sampai satu hari mak marah sebab sehari suntuk aku baca novel tanpa keluar dari bilik , tak mandi dan tak makan apa apa makanan . Tabiat buruk ialah suka korek hidung bila takda apa nak buat *pengotor* kahkahkah . Lebih suka membantu mak memotong bahan bahan untuk memasak daripada tolong mak masak *faham tak statement ni?* . Seorang yang manja dengan maknya berbanding dengan arwah ayahnya sebab ayah kita garang tapi sebut je benda apa yang aku nak , esoknya dah pun ada depan mata disebabkan oleh kasihnya seorang ayah kepada anaknya  hahaha .
Dan sedang menyukai seseorang dalam diam tanpa si dia mengetahuinya hahaha daripada bebanyak ayat di atas , ayat ni aku rasa paling tak boleh bla .
Okay I think that all about me . Aku tulis entry ni bukan sebabnya nak bajet hot *hot kejadahnya bukannya orang kenal kau pun* hahaha cuma aku kekurangan idea nak update apa dekat blog ni . So, daripada aku merapu yang bukan bukan , baik aku cerita pasal aku kan .

No comments:

Post a Comment